Adik mengaku salah...

Mahkamah menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Mahkamah menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
A
A
A

KAMPAR - Seorang remaja berusia 14 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kampar, hari ini atas tuduhan sumbang mahram terhadap kakak kandungnya, dua tahun lalu.

Pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.

Dia didakwa melakukan persetubuhan dengan kakaknya berusia 16 tahun yang mana perhubungan itu adalah tidak dibenarkan dibawah undang-undang, hukum agama dan adat yang terpakai kepadanya untuk berkahwin dengan kakaknya.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Diawan, Taman Diawan, Kampar pada Disember 2017 hingga Mei 2018.

Dakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Nur Faizah kemudian menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mahkamah kemudiannya menetapkan sebutan semula kes pada 20 Februari depan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Norashikin Hassannor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, remaja terbabit tiba di mahkamah ditemani beberapa ahli keluarga.

Remaja berkenaan ditahan, 15 Disember lalu selepas seorang doktor sakit puan membuat laporan polis berhubung kes seorang remaja melahirkan bayi perempuan di tandas rumah.

Sebelum ini, media melaporkan remaja lelaki yang masih bersekolah itu telah melakukan hubungan seks beberapa kali dengan kakaknya di bilik belakang rumah.

Kakaknya telah berhenti sekolah sejak di tingkatan dua lagi dan dia tidak mengetahui sedang mengandung kerana tidak mengalami sebarang alahan, keadaan fizikalnya juga tidak disedari ahli keluarga lain.