X

Kindly register in order to view this article
!

Pikul jawatan Exco dengan penuh amanah: Idris

Idris Haron
Idris
A
A

MELAKA TENGAH - Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang disandang tidak sewajarnya dianggap satu keistimewaan semata-mata tetapi ia adalah tanggungjawab yang harus dipikul dengan amanah.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, sekiranya pelantikan itu sebagai suatu keistimewaan, kebesaran mahupun kemegahan, ia sudah tentu akan memperlihatkan suatu downgrading.

"Jawatan ini bukan suatu keistimewaan, sebaliknya ia tanggungjawab dan amanah besar yang perlu kita bawa serta pikul untuk berikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Tidak ada wira di sini, masa yang ada ini kita perlu capai dengan usaha mentadbir secara berkesan untuk membela nasib rakyat," katanya.

Idris antara sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengangkat sumpah sebagai Exco di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Bekas Ketua Menteri ke-10 itu dilantik sebagai Exco Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir.

Menurut Idris, kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri baharu, Datuk Sulaiman Md Ali merupakan suatu amanah berat yang perlu dipikul dan tidak seharusnya wujud stigma berhubung pelantikan tersebut dengan mengatakannya sebagai ‘turun pangkat’ biarpun sebelum ini beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Menteri.

Sebaliknya Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang berkata, dengan pengalaman yang dimiliki beliau sepanjang sepenggal menjadi Ketua Menteri, beliau akan berperanan membantu Sulaiman serta mahu menerapkan budaya kerja secara berpasukan.

"Saya beri jaminan di Melaka kini hanya ada seorang sahaja Ketua Menteri. Tiada bakal Ketua Menteri mahu pun Ketua Menteri masa hadapan. Di sekeliling, Exco akan membantu Ketua Menteri sedia ada," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf