X

Kindly register in order to view this article
!

Jumlah kematian akibat Covid-19 di China meningkat 3,179

Jumlah kematian di China akibat wabak Covid-19 meningkat kepada 3,179 orang. -Foto AFP
A
A

BEIJING - Jumlah kematian di China akibat wabak Covid-19 meningkat kepada 3,179 orang, menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara hari ini.

Tujuh lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu manakala lapan kes baharu dikesan, menjadikan jumlah kes disahkan mencecah 80,813.

Enam kematian di pusat epidemik, wilayah Hubei dan satu di wilayah Shandong.

Jumlah kematian di seluruh dunia melebihi 4,900 orang, dengan lebih 134,000 kes disahkan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Kes pertama Covid-19 di China sebenarnya mula didaftarkan pada 17 November dan bukannya Disember seperti yang diperkatakan sebelum ini, lapor agensi berita Sputnik memetik media tempatan pada Jumaat.

Menurut akhbar South China Morning Post, pesakit pertama dijangkiti Covid-19 merupakan penduduk tempatan di pusat epidemik iaitu di wilayah Hubei.

Sembilan kes Covid-19 didaftarkan pada November, tetapi tiada seorang pun daripada pesakit yang dijangkiti itu disahkan sebagai 'patient zero'.

Wabak Covid-19 yang menjejaskan lebih 110 buah negara menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkannya sebagai pandemik.

Jumlah kes disahkan di seluruh dunia melebihi 128,000, dengan angka kematian 4,720 orang dan pesakit pulih melebihi 68,000.

Dalam tempoh 24 jam lalu, China mendaftarkan lapan kes terbaru.- Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!