'Segala kepakaran digabungkan cari penawar Covid-19'

Ahmad Amzad
Ahmad Amzad
A
A
A

MARANG - Kerajaan berusaha mencari penawar bagi mengekang jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) yang kini diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim berkata, kerjasama akan dilaksanakan bersama kementerian berkaitan dalam mencari penawar jangkitan itu.

"Pihak kementerian kini giat menjalankan usaha dan sedang meneliti perkara ini sejak ia melanda negara selepas menular di negara luar.

"Ada beberapa cadangan yang telah dikemukakan dan ia sedang diteliti. Sebaik sahaja ada sesuatu untuk diumumkan, kita akan maklum.

"Kita juga telah mengambil langkah segera selaras dengan usaha kementerian-kementerian yang lain," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Kuliah Duha di Masjid Rusila di sini hari ini.

Tambahnya, segala kepakaran akan digabungkan bagi menangani wabak Covid-19 yang kian menular dan telah diisytihar pandemik di peringkat antarabangsa.

"Semua kepakaran yang ada akan digandingkan bagi mencari alternatif dalam menangani wabak tersebut," katanya.

Berdasarkan statistik daripada Worldometer, kadar kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini hampir mencecah 5,000 mangsa dengan jangkitan positif sebanyak 134,720 kes.

Artikel Berkaitan: