Warga Nepal maut diseret treler

Mangsa yang parah maut di tempat kejadian selepas digilis dan diseret sejauh 25 meter dalam kejadian pagi tadi.
Mangsa yang parah maut di tempat kejadian selepas digilis dan diseret sejauh 25 meter dalam kejadian pagi tadi.
A
A
A

SEBERANG JAYA - Seorang warga Nepal maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah treler dalam kejadian di Jalan Baru Perai, di sini pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintenden Mohd Mustafa Bidin berkata, ketika kejadian pada jam 9.30 pagi itu itu, mangsa, Shankar Sah Baniya, 19, menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan dari Bukit Mertajam ke Perai.

Bagaimanapun, ketika tiba di lokasi kemalangan, motosikal ditunggang mangsa telah bergesel dengan treler yang melalui arah sama lalu terjatuh mengakibatkan mangsa digilis dan diseret sejauh 25 meter.

"Mangsa dan motosikalnya tersepit di bawah treler dan polis meminta bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang untuk mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi tadi.

Mustafa berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya dan siasatan mendapati mangsa tidak mempunyai lesen.

"Pemandu treler berusia 45 tahun tidak mengalami kecederaan dan mempunyai lesen memandu yang sah. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: