Hadiah RM100,000 jadi rebutan

Zamri menunjukkan risalah berkaitan Water Hero Challenge yang telah diedarkan kepada orang ramai sejak 21 Januari lalu.
Zamri menunjukkan risalah berkaitan Water Hero Challenge yang telah diedarkan kepada orang ramai sejak 21 Januari lalu.
A
A
A

ALOR SETAR - Ganjaran hadiah terkumpul bernilai RM100,000 menanti peserta yang menyertai Water Hero Challenge Negeri Kedah bermula 21 Januari sehingga 15 Mac ini sempena kempen penggunaan air secara berhemah di negeri itu.

Exco Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga Negeri Kedah, Datuk Zamri Yusuf berkata, pemenang akan diumumkan pada 27 dan 28 Mac ini di Sungai Anak Bukit bersebelahan Muzium Negeri Kedah dan penyampaian hadiah utama akan disampaikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menurutnya, antara aktiviti menarik yang disediakan pada program selama dua hari itu adalah pameran berkaitan kempen penggunaan air, kaunter aduan termasuk aktiviti air seperti kayak dan banyak lagi.

“Istimewanya pada program ini adalah pada acara kemuncaknya iaitu memberikan ganjaran kepada peserta-peserta yang menang dalam kempen penggunaan air yang berhemah dan telah dilancarkan sejak 21 Januari lalu.

“Kita menyediakan sebanyak 2,000 hadiah pada hari tersebut. Bagi mereka yang berjaya menurunkan jumlah penggunaan air ataupun bil penggunaan bermula Januari, Februari dan Mac, bolehlah datang dengan membawa bil yang sudah dibayar untuk mendapatkan hadiah yang disediakan di kaunter. Hadiah ini terhad kepada 2,000 pemenang sahaja.

“Selain itu, terdapat juga 200 hadiah utama khusus kepada peserta yang berjaya menurunkan penggunaan air berdasarkan peratus penurunan dari bulan ke bulan. Mereka ini telah membuat pendaftaran di Facebook Water Hero Challenge dan kita akan hubungi pemenangnya nanti,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Wisma Darul Aman di sini kelmarin.

Zamri berkata, objektif kempen yang dijalankan oleh pihaknya itu bertujuan mahu meningkatkan kesedaran tentang air kerana secara purata penggunaan air seorang individu sehari di Kedah adalah sebanyak 230 liter atau bersamaan dengan 42 botol mineral bersaiz 5.5 liter.

Artikel Berkaitan: