X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19 di luar China cecah 44,067 kes: WHO

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

GENEVA - Sejumlah 44,067 kes Covid-19 dilaporkan di 117 negara dan wilayah di luar China sehingga semalam, peningkatan 6,703 jangkitan berbanding hari sebelumnya, menurut laporan harian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jumlah kes disahkan di seluruh dunia meningkat 6,729 kes kepada 125,048, lapor agensi berita Xinhua.

Di luar China, 310 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kematian sebanyak 1,440.

ARTIKEL BERKAITAN: WHO isytihar Covid-19 sebagai pandemik

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, semua negara yang terjejas tidak boleh berputus asa dan perlu terus berjuang membendung wabak Covid-19, yang kini telah diisytiharkan sebagai pandemik.

Perancis, Turki, Honduras dan Côte d'Ivoire telah melaporkan kes Covid-19 buat kali pertama dalam tempoh 24 jam lalu.

Selain itu, WHO telah menyemak semula klasifikasi jangkitan di Brunei, Luxembourg, Qatar, Kuwait, Maghribi dan Panama daripada 'kes import' kepada 'jangkitan tempatan'. Sementara Pakistan 'jangkitan tempatan' kepada 'kes import'.

Laporan WHO itu turut mendedahkan sebanyak 71 negara dan wilayah di luar China menyaksikan jangkitan tempatan.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus