Covid-19: Istiadat konvokesyen UCYP Ahad ini ditangguh

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Istiadat Konvokesyen dan Sambutan 28 Tahun Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) yang dijadualkan Ahad ini ditangguhkan ekoran kebimbangan penularan jangkitan koronavirus (Covid-19).

UCYP dalam kenyataannya memaklumkan, istiadat yang dijadualkan berlangsung di Arabian Grand Ballroom, Bukit Gambang Resort City, Gambang di sini terpaksa ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Perkara itu telah dibincangkan antara Naib Canselor UCYP, Prof Emeritus Datuk Dr Ahmad Zainuddin bersama Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Bahari Tok Muda Awang Ngah pada 12 Mac lalu.

Penangguhan dibuat atas faktor peningkatan kes Covid-19 dan mengelak risiko jangkitan terhadap pelajar, ibu bapa dan para jemputan yang akan hadir pada majlis tersebut.

Sebelum ini, UCYP memaklumkan, istiadat itu bakal disempurnakan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut dijadualkan berlangsung penganuerahan watikah perlantikan Pro-Canselor UCYP kepada Tengku Panglima Raja, Lefternan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terdahulu, seorang warga emas di negeri ini disahkan positif Covid-19 selepas menghadiri ‘ijtimak tabligh’ di Masjid Seri Petaling, pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta himpunan tabligh diminta hubungi pejabat kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataannya semalam menyebut, warga tempatan berusia 60 itu dikesan mempunyai gejala deman, batuk serta selesema pada 4 Mac lalu dan dimasukkan ke Hospital Bentong empat hari kemudian setelah mengalami sesak nafas.

Artikel Berkaitan:

Menirutnya, pesakit dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini pada 9 Mac dan ujian pengesanan COVID-19 yang diambil bagi kes ini disahkan positif pada keesokan hari.

Pesakit itu sudah diasingkan dalam wad isolasi dan sedang menerima rawatan.