MB NS dapat gelaran Datuk Seri

Aminuddin Harun
Aminuddin Harun
A
A
A

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun mendahului senarai 340 penerima Darjah, Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan sempena hari Keputeraan ke-71, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, semalam.

Beliau antara dua penerima Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Seorang lagi ialah Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Datuk Abdul Hamid Bador.

Bagi Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk, tiga penerima iaitu Yang Dipertua Dun, Zulkefly Mohamad Omar, Setiausaha Kerajaan negeri, Dr Razali Ab Malik dan Setiausaha Agung Kementerian Hal Ehwal Parlimen Maghribi.

Sementara itu 16 individu menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan(DSBNS) yang membawa gelaran Datuk, (9) Darjah Setia Negeri Sembilan(DNS) , (5) Darjah Tuanku Muhriz (DTM), (10) menerima Darjah Pekerti Terpilih (DPT), (42) Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS), 86 menerima Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC), 140 Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 15 Pingat Khidmat Lama (PKL) dan 12 lagi menerima Pingat Bentera Tuanku Muhriz (BTM).

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran berlangsung di Balairung Seri Istana Besar Seri Menanti.

Artikel Berkaitan: