SPRM siasat dakwaan beli wakil rakyat

Mohd Fauzi
Mohd Fauzi
A
A
A

IPOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak telah menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan sebuah portal berita bahawa ada cubaan UMNO membeli wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) membabitkan wang berjumlah RM7.5 juta.

Pengarahnya, Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata, penyiasatan itu adalah bagi mengesahkan sama ada wujudnya elemen rasuah dalam artikel kononnya ada tawaran diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam isu pelantikan Menteri Besar Perak.

“Kita menerima maklumat berhubung perkara itu dan meneliti dakwaan dua artikel yang diterbitkan dalam portal berita terbabit.

“Susulan itu, SPRM Perak telah menjalankan penyiasatan awal sama ada benar atau tidak tohmahan yang dinyatakan itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, ADUN mahupun individu yang terlibat dalam dakwaan menerima wang itu diminta memberi kerjasama kepada SPRM.

Semalam, Pemuda UMNO Perak membuat laporan polis berhubung kenyataan palsu mengenai dakwaan UMNO cuba membeli wakil rakyat PH oleh akaun Facebook menggunakan nama sebuah portal berita.

ARTIKEL BERKAITAN: Fitnah di laman sosial: Pemuda UMNO Perak lapor polis

Artikel Berkaitan: