Kempen Suria Bagi Duit, hadiah buat pendengar setia Suria FM

No Image Caption
A
A
A

STESEN radio Suria FM melancarkan kempen #SuriaBagiDuit..Huntonglah dan #IsseyAjakFiziNyanyi mulai 9 Mac lalu sehingga 17 April depan dengan menawarkan sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM50,000.

Pendengar boleh mengikuti segmen utama Suria FM iaitu Team Pagi Suria, Gaya Suria/Muzik Top Suria, Suria Petang dan Suria Cinta serta menjadi pemanggil pertama selepas isyarat memanggil peraduan.

Kempen #SuriaBagiDuit..Huntonglah yang bermula pada 9 Mac sehingga 27 Mac itu mempunyai kaedah peraduan yang sangat senang di mana pemanggil pertama perlu menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh penyampai Suria.

Manakala kempen #IsseyAjakFiziNyanyi yang akan bermula pada 30 Mac sehingga 17 April depan pula akan memainkan tiga lagu mash up yang dinyanyikan oleh Issey, Ajak dan Fizi. Pemanggil pertama harus meneka tiga tajuk lagu beserta penyanyi dengan betul.

Menurut Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, kempen tersebut dijalankan bagi menghargai pendengar setia Suria di seluruh Malaysia menerusi initiatif berbeza selepas pembatalan penganjuran Jelajah Suria 2020 ekoran penyebaran wabak Covid-19.

“Suria juga akan menghidangkan beberapa program baharu menerusi platform digital kami antaranya Suria Duo X. Pendengar akan dapat menyaksikan persembahan gabungan penyanyi lama dan penyanyi baharu seperti Ezad Lazim, Azlan (The Typewriter), Siti Sarah, Syamel, Ara Johari dan Aina Abdul.

“Selain itu, Suria juga akan meneruskan initiatif Jom Pow Suria Versi Selebriti di mana pendengar berpeluang memenangi barangan peribadi artis-artis popular menerusi siaran langsung di Facebook Suria Malaysia,” kata DJ Lin.

Artikel Berkaitan: