X

Kindly register in order to view this article
!

Jualan Gudang [email protected] Starling diadakan selama 10 hari bermula Jumaat ini hingga 22 Mac depan.
A
A

PETALING JAYA - Popular Malaysia akan mengadakan Jualan Gudang [email protected] Starling selama 10 hari bermula esok hingga 22 Mac depan.

Popular Malaysia dalam kenyataannya berkata, jualan penghabisan stok itu menawarkan diskaun sehingga 80 peratus bagi jualan buku genre Bahasa Inggeris, Melayu dan Cina selain alat tulis, cakera padat, cakera video digital, gajet dan produk IT.

“Orang ramai turut berpeluang mendapatkan buku Bahasa Inggeris serendah RM10 untuk lima buku dan RM3 setiap satu bagi sepuluh buku terpilih.

“Buku Bahasa Cina dijual serendah RM3 selain rebat sehingga 70 peratus bagi pembelian tiga buku terpilih,” katanya.

Menurutnya, pemegang kad Popular turut berpeluang menikmati diskaun sehingga 90 peratus bagi pembelian alat tulis dan produk IT.

“Bagi pembelian RM50 dan ke atas, orang ramai bakal mendapat baucar bernilai lebih RM100 termasuk RM5 yang boleh digunakan di cawangan Popular bagi pembelian RM40 bagi setiap resit.

“Bagi pembelian RM150 dan ke atas pula pelanggan akan membawa pulang cawan edisi terhad Popular.

“Pembelian purchase with purchase (PWP) bernilai RM60 melayakkan pelanggan menerima pendrive 32GB.

“Pelanggan yang membuat pendaftaran atau memperbaharui kad eksklusif atau e-kad Popular ditawarkan cenderamata berupa beg lunch box dan buku nota,” katanya.

Tambahnya, pertandingan mewarna bagi dua kategori iaitu 5 hingga 8 tahun dan 9 hingga 12 tahun turut diadakan.

“Pihak kami juga mengadakan kempen amal ‘New Book, New Joy’ yang hasil pembeliannya akan disumbangkan ke sekolah luar bandar,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.popular.com.my atau Facebook rasmi Popular Malaysia.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!