Tom Hanks, isteri sah positif Covid-19

Tom Hanks dan isterinya, Rita Wilson, disahkan positif Covid-19.
Tom Hanks dan isterinya, Rita Wilson, disahkan positif Covid-19.
A
A
A

PELAKON Tom Hanks dan isterinya, Rita Wilson, disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Hanks, 63, dan isterinya mengalami demam ketika berada di Australia dan kini menjalani pengasingan serta pemantauan kesihatan, lapor AFP.

Tom Hanks memuat naik status setelah beliau dan isteri disahkan positif Covid-19 di Instagram miliknya.
Tom Hanks memuat naik status setelah beliau dan isteri disahkan positif Covid-19 di Instagram miliknya.

Pelakon filem Cast Away itu secara terbuka memberitahu beliau dan isteri sah positif Covid-19 selepas memuat naik status dan foto sarung tangan plastik di Instagram peribadinya, hari ini.

Pelakon itu akan memberitahu sebarang perkembangan semasa mengenai kesihatan dirinya dan isteri.

Difahamkan, mereka berada di Australia ketika menjalani penggambaran sebuah filem mengenai kisah hidup legenda rock 'n roll, Elvis Presley.

Artikel Berkaitan: