Bekas Exco dijangka menghadap Sultan Perak esok

Istana Kinta. Foto: Bernama
Istana Kinta. Foto: Bernama
A
A
A

IPOH - Tujuh daripada 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak dijangka menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, esok.

Menurut sumber, tujuh bekas Exco daripada kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) akan menjunjung kasih ke atas Sultan Nazrin di Istana Kinta di sini pada jam 5 petang.

Semalam, Sultan Nazrin memberi perkenan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak ke-12 sekali gus menyaksikan perlucutan jawatan semua anggota Exco berkenaan.

Pada Isnin, Ahmad Faizal mengumumkan Perikatan Nasional Perak terdiri daripada UMNO, Pas dan Bersatu mendapat sokongan majoriti 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada keseluruhan 59 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu. - Bernama

Artikel Berkaitan: