Konferens Koronavirus dibatal kerana ‘koronavirus’

No Image Caption
A
A
A

NEW YORK - Majlis Hubungan Luar (CFR) telah membatalkan perbincangan meja bulat bertajuk Doing Business Under Coronavirus (Menjalankan Perniagaan Ketika Koronavirus) yang dijadualkan berlangsung Jumaat ini di New York.

Pembatalan itu berikutan penularan jangkitan itu sendiri, lapor Bloomberg.

CFR dilaporkan turut membatalkan persidangan lain yang dijadualkan berlangsung hari ini hingga 3 April depan.

Pembatalan termasuk persidangan meja bulat di New York dan Washington serta beberapa program kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di beberapa lokasi di Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, CFR menjangkakan akan lebih banyak program terpaksa dibatalkan termasuk sebuah pameran automatif tahunan.

Persatuan Pengedar Greater Automobil New York berkata, pameran kereta yang dijadualkan berlangsung semalam akan ditunda hingga akhir Ogos.

Gabenor negeri, Andrew Cuomo berkata, New York akan menggunakan khidmat Pengawal Nasional buat pertama kali dalam menangani penularan wabak Covid-19 di pusat bandar raya itu.

Menurut Andrew Cuomo, pihak berkuasa akan mewujudkan ‘zon membendung penyakit’ dalam jarak 1.6 kilometer radius di sekitar pusat penyebaran iaitu New Rochelle di pinggir Westchester County.

Artikel Berkaitan:

Tambah Cuomo, semua kemudahan di zon berkenaan yang terbabit dalam menganjurkan sebarang perhimpunan seperti sekolah atau kuil, akan ditutup semalam dua minggu bermula esok.

Minggu lalu, New York mengesahkan kes pertama coronavirus (Covid-19) membabitkan seorang wanita dalam lingkungan usia 30an dijangkiti virus berkenaan selepas lawatan ke Iran dan menjalani tempoh kuarantin di rumah.