Zii Jia akhiri badi berdepan Jonatan

Zii Jia
Zii Jia
A
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia memulakan pengembaraan sulungnya dalam Kejohanan Badminton Seluruh England dengan langkah kanan apabila mengejutkan pilihan keenam dari Indonesia, Jonatan Christie pada pusingan pertama di Arena Birmingham hari ini.

Badminton Association of Malaysia - BAM
Badminton Association of Malaysia - BAM

Pemain berusia 21 tahun yang menduduki ranking ke-15 dunia itu membuktikan dia berada dalam kelas tersendiri apabila melakar kemenangan straight set 21-15, 21-13 dalam tempoh 41 minit.

Lebih istimewa, kemenangan itu menyaksikan Zii Jia menamatkan badi kekalahan di tangan Jonatan selepas tewas dalam semua lima pertemuan sebelum ini.



Zii Jia
Zii Jia

Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pula terpaksa pulang awal apabila tewas 12-21, 13-21 kepada pasangan dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Chae Yujung.