X

Kindly register in order to view this article
!

APEC 2020 akan diteruskan, kata Azmin

Mohamed Azmin (kiri) bersalaman bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Azman Mahmud ketika hadir bagi memulakan tugas rasminya di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri hari ini. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 dan mesyuarat yang berkaitan yang dijadualkan pada tahun ini akan diteruskan seperti dirancang berikutan negara-negara anggota telah menyatakan komitmen mereka untuk menghadiri forum itu, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, kesemua 21 negara anggota perkumpulan itu berharap mesyuarat tersebut akan diteruskan walaupun terdapat kebimbangan mengenai Covid-19 dan terdapat rancangan untuk menukar lokasi awal bagi mengurangkan pergerakan delegasi.

“Terdapat keperluan untuk memastikan tempat dan lokasi itu tidak terlalu banyak untuk mesyuarat tersebut supaya ia berjalan lancar,” katanya kepada Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selepas mempengerusikan mesyuarat pertamanya sebagai menteri kanan kementerian itu dengan ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah bidang kuasanya di sini hari ini.

Pada mesyuarat itu, Mohamed Azmin diberi taklimat mengenai peranan dan fungsi kementerian oleh Ketua Setiausahanya, Datuk Lokman Ali Hakim.

Mesyuarat APEC 2020 yang pertama melibatkan pegawai-pegawai - Menteri-menteri APEC yang Bertanggungjawab bagi Perdagangan pada awalnya dijadualkan pada 20 hingga 21 April 2020 di Sabah telah dicadangkan untuk dipindahkan ke Kuala Lumpur.

Mohamed Azmin berkata, persiapan APEC perlu dilakukan secara sistematik untuk menjadikan APEC sebagai ‘showcase’ bahawa Malaysia bersedia untuk bersaing di peringkat global dan bekerjasama dengan negara-negara anggotanya untuk menangani masalah yang dihadapi.

Pada mesyuaratnya dengan ketua-ketua jabatan dan agensi kementerian itu, Mohamed Azmin mengingatkan mereka keperluan untuk bergerak cepat bagi memastikan cabaran yang dihadapi oleh rakyat dan perkhidmatan yang diperlukan disediakan dengan segera berikutan negara sedang berdepan dengan krisis.

Beliau berkata, penting untuk meningkatkan pelaburan domestik susulan Covid-19 dengan meningkatkan produktiviti dalam negara dan meninjau pasaran baharu seperti negara-negara ASEAN yang mempunyai jumlah penduduk seramai 650 juta orang.

“Pengajaran yang dapat kita pelajari daripada impak Covid-19 ialah kita tidak boleh terlalu bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) semata-mata.

“FDI itu penting untuk mewujudkan pekerjaan dan membawa aliran modal ke dalam negara, tetapi pelaburan domestik juga penting untuk menghadapi kemungkinan seperti ini.

“Kami juga sedang meneliti semula Pakej Rangsangan Ekonomi untuk melihat keperluan sektor lain, dan mereka yang menerima impak daripada Covid-19, termasuk pengeksport bahan kimia dan pengimport bahan mentah ke dan dari China.

“Selain itu, kami juga akan melihat bagaimana kami dapat melibatkan mereka dari sektor runcit, yang menghadapi permintaan rendah untuk membantu mereka meningkatkan aktiviti perniagaan dan perdagangan mereka," katanya.

Mohamed Azmin turut bercakap mengenai keperluan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terus menerima teknologi terkini, termasuk Internet of Things (IoT), robotik dan automasi.

Mengenai kekurangan sumber kewangan yang dihadapi oleh PKS, menteri kanan itu berkata, beliau akan meneliti perkara itu.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!