Exco Melaka dijangka dimuktamadkan minggu ini

Sulaiman (dua dari kanan) ketika melawat Bilik Janakuasa Empangan Jus di Jasin petang tadi.
Sulaiman (dua dari kanan) ketika melawat Bilik Janakuasa Empangan Jus di Jasin petang tadi.
A
A
A

ALOR GAJAH - Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di bawah pentadbiran Ketua Menteri Melaka yang baharu dijangka akan dimuktamadkan minggu ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali berkata, senarai Exco berkenaan telah dipersembahkan kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob untuk diperkenankan sebelum majlis angkat sumpah diadakan.

"Saya dah persembahkan kepada Tun (Mohd Khalil), saya tunggu arahan dari Tun sebelum kita senaraikan pada media nanti.

"Bagaimanapun saya nak selesaikan air (masalah) dulu termasuk siapa saya nak letak untuk jaga air dan semua ada termasuk kerajaan Perikatan Nasional, jangan risau," katanya ketika sidang akhbar di Empangan Durian Tunggal di sini hari ini.

Dalam pada itu, Perikatan Nasional Melaka mempunyai 17 ADUN membabitkan 13 dari Barisan Nasional (BN), dua dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), masing-masing satu dari PKR dan Bebas.

Difahamkan sekurang-kurangnya sembilan ADUN akan disenaraikan untuk dilantik sebagai EXCO negeri, termasuk seorang ADUN wanita iaitu, Datuk Latipah Omar (BN-Taboh Naning).

Selain itu, kerajaan negeri baharu ini dijangka mewujudkan semula jawatan timbalan Exco yang sebelum ini dimansuhkan ketika pentadbiran Pakatan Harapan di bawah bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Artikel Berkaitan: