Warga emas maut kereta langgar lori

Anggota bomba dari BBP Alor Setar membantu mengeluarkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu menggunakan peralatan khas.
Anggota bomba dari BBP Alor Setar membantu mengeluarkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu menggunakan peralatan khas.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah lori berhampiran Gunung Keriang, Sungai Korok di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kemalangan itu pada jam 2.47 petang tadi.

Menurutnya, sepasukan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar tiba di lokasi kejadian lebih kurang jam 2.58 petang di lokasi kejadian.

Seorang warga emas maut dalam kemalangan jalan raya berdekatan Gunung Keriang, Sungai Korok di sini hari ini.
Seorang warga emas maut dalam kemalangan jalan raya berdekatan Gunung Keriang, Sungai Korok di sini hari ini.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kemalangan didapati membabitkan sebuah lori 10 tan dengan sebuah kereta jenis Toyota Corrola.

"Berdasarkan maklumat, kereta tersebut telah melanggar bahagian tengah lori dan terbabas ke tali air," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, pemandu kereta berusia 60 tahun tersebut tersepit di tempat duduk pemandu dan berjaya dikeluarkan bomba mengeluarkannya menggunakan peralatan khas.

Bagaimanapun, katanya, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: