Tabung Covid-19 dilancarkan

Muhyiddin (dua dari kanan) menyumbang kepada Tabung Covid-19 selepas melancarkannya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini. Foto: Bernama
Muhyiddin (dua dari kanan) menyumbang kepada Tabung Covid-19 selepas melancarkannya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Prihatin dengan individu yang terjejas dengan jangkitan koronavirus (Covid-19), kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan tabung khas bagi memberi bantuan kewangan kepada pihak yang memerlukan.

Muhyiddin berkata, untuk permulaan, bantuan ihsan sebanyak RM1 juta disalurkan ke dalam tabung tersebut bagi membantu pesakit yang tidak mempunyai pekerjaan dan terganggu kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin 14 hari sebelum pulih.

“Kita tidak mahu kehidupan mereka ini terjejas. Jadi ini antara bentuk bantuan ihsan yang kita sampaikan.

“Kalau kita dapat kumpul dana daripada rakyat jelata, apa sahaja kita kumpulkan, akan kita kembalikan kepada mereka yang berhak,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet kerajaan Perikatan Nasional di sini hari ini.

Bagi menzahirkan keprihatinan mereka, barisan Jemaah Menteri yang menghadiri mesyuarat itu menyumbang ke dalam tabung yang diedarkan pada majlis pelancaran Tabung Covid-19 selepas sidang akhbar berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: