Rumah separa kekal hangus dijilat api

Sebuah rumah di Kampung Nail, Kuala Besut musnah dalam kebakaran malam tadi.
Sebuah rumah di Kampung Nail, Kuala Besut musnah dalam kebakaran malam tadi.
A
A
A

BESUT - Sebuah keluarga di Kampung Nail, Kuala Besut kerugian kira-kira RM35,000 apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran malam tadi.

Pegawai Operasi, PBK II Ridzuan Mamat berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 9 malam, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan memandangkan tiada penghuni di rumah berkenaan sewaktu kejadian.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat Besut menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 9.02 malam.

"Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut dan Jerteh dengan kekuatan tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 9.13 malam.

"Bomba mengambil masa selama empat minit bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke tiga kediaman berhampiran.

"Operasi kita tamat sepenuhnya pada jam 11.04 malam. Kediaman separa kekal itu musnah hampir 80 peratus kerana sebahagian daripadanya adalah kayu menyebabkan kebakaran mudah merebak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penghuni kediaman itu berada di Kedah sejak Jumaat lalu.

Katanya, punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: