ADUN Dengkil sah negatif dadah

Adhif Syan Abdullah
Adhif Syan Abdullah
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan ujian patalogi yang dijalankan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah didapati negatif.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, selain ADUN berkenaan, ujian patalogi turut dijalankan ke atas beberapa individu lain susulan serbuan di sebuah kondominium di Puchong, Januari lalu.

“Sebahagian individu berkenaan didapati positif, namun Jabatan Peguam Negara memutuskan mereka tidak akan didakwa, malah kes itu dikelaskan sebagai tiada tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, pada 13 Januari lalu, Adhif bersama 16 individu lain ditahan dalam serbuan di kondominium berkenaan kerana dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Adhif pada mulanya menafikan ditahan, tetapi kemudian berkata beliau berada di tempat yang salah pada masa yang salah.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Dengkil nafi ditahan polis

Bersatu serah pada polis

Muhyiddin sahkan ADUN Dengkil ditahan polis

Artikel Berkaitan:

'Beri ruang ADUN Dengkil buktikan diri tidak bersalah'

Adhif Syan, Ahmad Redzuan digantung tugas serta-merta: Syed Saddiq

[VIDEO] ADUN Dengkil tak hantar borang pencalonan pemilihan bahagian

JSJN siasat penahanan 17 individu termasuk ADUN