X

Kindly register in order to view this article
!

Saya tidak pernah terfikir untuk kembali, kata Hamzah

Hamzah meletakkan cap jari pada hari pertama memasuki pejabatnya di KDN di sini hari ini.
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengakui beliau tidak pernah terfikir untuk kembali menyertai Kabinet.

Menurutnya, meskipun pelantikan beliau mengejutkan, namun dalam masa yang sama beliau bersyukur kerana berpeluang belajar dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan bekas peneraju kementerian yang sama.

"Pertama sekali saya hendak ucap terima kasih kepada Perdana Menteri yang lantik saya sebagai Menteri KDN.

"Ia agak mengejutkan bagi saya saya tidak pernah fikir saya akan dilantik (dalam Kabinet)," katanya

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, beliau bertekad untuk memastikan amanah yang diberikan dapat dilaksanakan sebaiknya.

"Tanggungjawab ini bukan untuk saya semata-mata, tetapi keseluruhan rakan-rakan dan timbalan menteri yang ada ni kerana kita akan bekerjasama dengan semua," katanya pada sidang akhbar selepas hari pertama memasuki pejabat hari ini.

Katanya, selaku kementerian yang menentukan keselamatan dalam negara, tugas yang dipikul sememangnya besar.

"Kita akan pastikan segala masalah melibatkan keselamatan negara diselesaikan dengan sebaik mungkin," katanya.

Terdahulu, Hamzah sebelum ini pernah menganggotai Kabinet sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!