Al-Azhar buang pelajar wanita peluk lelaki

Rakaman video pelajar wanita terbabit memeluk lelaki yang tular dan mencetuskan bantahan awam.
Rakaman video pelajar wanita terbabit memeluk lelaki yang tular dan mencetuskan bantahan awam.
A
A
A

KAHERAH - MESIR. Universiti Al-Azhar hari ini membuang seorang pelajar wanita selepas muncul dalam video yang memaparkan wanita berkenaan sedang memeluk seorang lelaki.

Pihak universiti mendakwa pelajar tersebut telah merosakkan reputasi universiti.

Video yang tular awal bulan ini menunjukkan seorang lelaki muda membawa sejambak bunga dan berlutut di hadapan seorang wanita dan kemudian memeluknya dalam video yang dipercayai sebuah permintaan untuk menjadikan wanita itu sebagai isteri.

Video itu tidak dirakam di kawasan universiti Al-Azhar, tetapi di satu lagi pusat pendidikan tinggi, iaitu Universiti Mansoura yang terletak di bahagian utara negara itu.

Bagaimanapun, majlis disiplin Universiti Al-Azhar di Mansoura semalam memutuskan untuk membuang gadis muda itu.

Jurucakap universiti, Ahmed Zarie berkata video itu telah menyebabkan “bantahan awam” dan keputusan universiti untuk membuangnya berikutan pelajar berkenaan menunjukkan “imej buruk” Al-Azhar, yang mengasingkan jantina lelaki dan perempuan dalam sesi pembelajaran.

Beliau berkata pelukan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin melanggar “nilai dan prinsip masyarakat”.

Bagaimanapun katanya, pelajar berkenaan masih boleh merayu terhadap keputusan itu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, jurucakap Universiti Mansoura berkata, pemuda yang turut dirakamkan di dalam video itu juga berhadapan sekatan, dan memaklumkan majlis disiplin akan bermesyuarat Isnin ini untuk memutuskan ‘hukuman’ ke atasnya.

Mesir, negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam, masih dilihat sebagai sebuah masyarakat yang konservatif di rantau itu. – AFP