Pejabat ADUN Tronoh kecoh!

Kumpulan penentang Paul Yong mengadakan demonstrasi di hadapan Pusat Khidmat ADUN Tronoh di sini hari ini.
Kumpulan penentang Paul Yong mengadakan demonstrasi di hadapan Pusat Khidmat ADUN Tronoh di sini hari ini.
A
A
A

TRONOH - Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh kecoh selepas sekumpulan mendakwa pengundi di kawasan itu berhimpun mendesak ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

Suasana sedikit tegang apabila berlaku pertembungan di antara penyokong Paul Yong di dalam pejabat dengan kumpulan demonstrasi yang menentang bekas wakil rakyat DAP itu.

Bagaimanapun keadaan itu berjaya dikawal baik oleh pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku.

Kumpulan penyokong Paul Yong berdiri di dalam Pusat Khidmat ADUN Tronoh di sini hari ini.
Kumpulan penyokong Paul Yong berdiri di dalam Pusat Khidmat ADUN Tronoh di sini hari ini.

Seorang ahli DAP, Phang Heng Chun, 53, yang bersama dalam demonstrasi itu berkata, himpunan yang diadakan di hadapan pejabat ADUN Tronoh itu sebagai protes tindakan pemimpin itu keluar parti.

Katanya, kesemua mereka mendesak ADUN Tronoh itu meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana tindakan keluar parti tidak boleh diterima.

"Dia keluar dari parti itu pengkhianat pasal dia dapat undi daripada rakyat yang menyokong DAP. Kalau ada maruah letak jawatan sebagai ADUN.

Artikel Berkaitan:

Heng Chun
Heng Chun

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga ADUN Perak umum keluar PH

Dua bekas ADUN DAP dedah wujud komplot jatuhkan Ahmad Faizal

"Saya tak akan gelarkan beliau sebagai YB tetapi saya gelarkan sebagai pengkhianat parti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi tersebut.

Sementara itu, Ketua DAP Cawangan Menglembu Timur, Danny Ooi berkata, tindakan Paul Yong keluar parti menjadi bebas sangat mengecewakan.

Katanya, bekas Exco Kerajaan Perak itu perlu sedar bahawa kemenangan di DUN Tronoh disumbang oleh kepercayaan rakyat terhadap DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Lai Ling
Lai Ling

Dalam pada itu, Pegawai Paul Yong, Kong Lai Ling berkata, pihaknya akan mempertimbangkan untuk membuat laporan polis terhadap kekecohan yang berlaku.

Katanya, sejak Paul Yong mengumumkan keputusan menjadi ADUN bebas, pusat khidmat tersebut beroperasi seperti biasa tanpa gangguan.

"Operasi pejabat pagi ini berjalan seperti biasa walaupun ada demonstrasi di depan pejabat. Malah ramai yang datang menyokong YB dan bersama-sama kita.

"Ini pertama kali demonstrasi seperti ini dijalankan selepas YB umum menjadi ADUN bebas. Kita juga dalam proses tukar papan tanda baharu pejabat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, perhimpunan tersebut berlangsung secara aman melibatkan dua kumpulan penyokong.

Menurutnya, pihak polis berjaya mengawal keadaan dengan baik sepanjang perhimpunan yang berlangsung kira-kira 40 minit tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Beliau berkata, pihak polis akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang menetapkan bahawa pihak penganjur mesti memberikan notis pemberitahuan kepada pihak polis sebelum mengadakan sesuatu perhimpunan.