Bom lama ditemukan dalam kebun

No Image Caption
A
A
A

KUDAT - Sebutir bom lama peninggalan perang dua kedua ditemukan oleh seorang lelaki ketika dia sedang membersihkan kawasan kebun di Kampung Pinangsoo, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kudat, Supt Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata Balai Polis Kudat menerima laporan daripada lelaki berkenaan mengenai penemuan satu objek yang disyaki bom pada kira-kira pukul 2.00 petang.

Beliau berkata pegawai dan anggota Cawangan Persenjataan dan Unit Pemusnah Bom (UPB) kemudiannya bergegas ke lokasi, dan mengenalpasti objek itu sebagai sebutir bom jenis Airbomb peninggalan perang dunia kedua.

Katanya segala langkah-langkah keselamatan kemudiannya diambil bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku, antaranya menghentikan kerja-kerja pengorekan tanah sekitar kawasan itu, menutup jalan masuk, membuat garisan kuning polis di lokasi dan memaklumkan kepada orang awam, pihak sekolah serta penduduk yang berhampiran bahawa kawasan itu adalah kawasan larangan.

Mohd Firdaus memberitahu pemberita UPB dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dijangka akan meletupkan bom berkenaan esok. - Bernama

Artikel Berkaitan: