Putin beri bayangan tanding pemilihan Presiden 2024

Vladimir Putin
Vladimir Putin
A
A
A

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Selasa memberi bayangan beliau mungkin akan bertanding dalam pemilihan Presiden 2024 andai Mahkamah Perlembagaan meluluskannya, lapor agensi berita Xinhua.

Pindaan perlembagaan sedang dibahaskan untuk bacaan kali kedua di Duma (Dewan Rakyat).

Ahli parlimen Valentina Tereshkova mencadangkan perubahan ke atas klausa mengehadkan tempoh jawatan Presiden yang sekarang ini terhad untuk dua penggal berturut-turut. - Bernama

Artikel Berkaitan: