Pelajar cipta dispenser pembunuh kuman guna Lego

Seorang pelajar menggunakan dispenser disinfektan automatik yang dihasilkan menggunakan Lego di Kaohsiung, Taiwan. - Foto Agensi
Seorang pelajar menggunakan dispenser disinfektan automatik yang dihasilkan menggunakan Lego di Kaohsiung, Taiwan. - Foto Agensi
A
A
A

TAIPEI - Pelajar di sebuah sekolah rendah di bandar Kaohsiung dekat selatan Taiwan menemui cara unik untuk melawan koronavirus (Covid-19) dengan mencipta dispenser disinfektan automatik yang diperbuat daripada Lego.

Kanak-kanak berusia antara 6 hingga 12 tahun itu menggunakan setiap waktu cuti sekolah dan masa terluang untuk membina robot disinfektan alkohol sendiri di bawah bimbingan jurulatih robotik mereka.

Setahun selepas bencana nuklear Fukushima di Jepun pada 2011, guru di Sekolah Rendah Linyuan memutuskan bahawa pelajar perlu belajar tentang prinsip robotik.

Guru mahu kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah seperti kebakaran, pencemaran dan letupan di kampung halaman mereka pada masa akan datang.

Sejak itu, sekolah tersebut sering mewakili Taiwan dalam banyak pertandingan antarabangsa di luar negara dan memenangi beberapa hadiah menerusi kelab robotnya. - Agensi

Artikel Berkaitan: