Tupai digantung dengan tangan, kaki terikat kerana curi durian

Paparan Facebook Persatuan Haiwan Malaysia mengecam tindakan si pelaku kerana mengikat seekor tupai dan digantung dipercayai sebagai hukuman kerana mencuri durian.
Paparan Facebook Persatuan Haiwan Malaysia mengecam tindakan si pelaku kerana mengikat seekor tupai dan digantung dipercayai sebagai hukuman kerana mencuri durian.
A
A
A

SHAH ALAM - Zalim dan tiada perikemanusiaan. Itu gambaran boleh disimpulkan terhadap individu yang menganiaya haiwan gara-gara mencuri durian di dusunnya di sini.

Menerusi Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, pihaknya memuat naik sekeping foto menunjukkan seekor tupai digantung, diikat kaki, tangan dipercayai sebagai hukuman untuk menakutkan haiwan yang lain supaya tidak mencuri buah durian.

Pihaknya memberitahu, kejadian seperti itu tidak wajar berlaku meskipun ia sekadar memberi hukuman kepada haiwan tersebut.

"Ini bukanlah cara mengajar tupai. Fitrah haiwan liar mencari makan dengan pencerobohan. Menangani kacau ganggu si haiwan mestilah dengan perikemanusiaan.

"Tindakan berlebihan ini tergolong dalam kategori menzalimi dan menyakiti tupai," tulisnya yang tular di laman sosial.

Lebih meruntun jiwa, dakwa persatuan, kejadian itu berlaku di Malaysia.

Persatuan Haiwan Malaysia juga menyatakan, mana-mana pemilik dusun yang menganiaya binatang boleh diheret ke mahkamah kerana perbuatan itu adalah satu kesalahan dan dikaitkan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Perkongsian mengejutkan itu membuatkan netizen mengecam tindakan pemilik dusun yang tidak berhati perut dan berharap agar si pelaku menerima hukuman sewajarnya dari pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

Menurut netizen dikenali, MD B Tet Kassim berkata, "Ya ALLAH, kesian tupai tu. Kenapalah dera sedemikian rupa? Kan dah jadi lumrah untuk makan buahan. Tolong lepaskan tupai tu. Kesian kat dia."

Ahmad Sapari pula berkata, "Manusia yang paling zalim... rezeki itu datang dari ALLAH... lepas anda seksa tupai tu mesti rezeki anda jadi sempit, tak rugi pun bersedekah kepada haiwan."

Kata netizen, Asma Abd Razak, "Ya ALLAH, kesiannya, dalam rezeki kita ada juga rezeki untuk yang lain."

Bagi netizen dikenali Mak long, dia berkongsi pengalamannya bersedekah buah-buahan kepada beberapa ekor tupai yang kerap berkunjung di rumahnya.

"Saya hampir setiap hari beri makan beberapa ekor tupai liar yang selalu datang ke halaman rumahnya, pisang, betik, epal dan roti menjadi makanan yang selalu diberikan kepada tupai-tupai ini. Tak tergamak nak aniaya binatang."