Nafuzi perkemas TFC berdepan Selangor


Nafuzi dijangka mengekalkan kesebelasan utama TFC ketika berdepan Kedah bagi pertemuan menentang Selangor di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam esok kecuali Rahadiazli. - Foto Facebook Terengganu Football Club.
Nafuzi dijangka mengekalkan kesebelasan utama TFC ketika berdepan Kedah bagi pertemuan menentang Selangor di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam esok kecuali Rahadiazli. - Foto Facebook Terengganu Football Club.
A
A
A

KETUA Jurulatih Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain memberi bayangan tidak akan melakukan rombakan besar terhadap barisan pemain yang bakal berdepan Selangor di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam esok.

Katanya, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan corak permainan serta prestasi yang dipamerkan anak buahnya ketika pertemuan dengan Kedah di Stadium Darul Aman Sabtu lalu dan berkemungkinan besar akan mengekalkan skuad yang sama.

"Bagaimanapun saya masih akan melakukan beberapa perubahan pada sesetengah posisi dan dua tiga pemain untuk memantapkan lagi mutu serta corak permainan.

"Kita perlu perkemaskan lagi seperti di bahagian pertahanan, kerana Selangor sentiasa bukan lawan yang mudah dan mereka telah membuktikannya, pada dua perlawanan sebelum ini menentang Perak dan Pahang," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Tambah Nafuzi lagi, beliau turut berasa lega kerana kesemua pemain utamanya bebas daripada kecederaan kecuali penjaga gol Rahadiazli Rahalim, yang dijangka terpaksa direhatkan selama dua atau tiga minggu.

"Tunggak import kita juga dalam keadaan baik dan bebas kecederaan, walaupun mengharungi perlawanan penuh dramatik dengan Kedah tempoh hari.

"Jadi kita harap pemain dapat memberi 100 peratus fokus dalam misi dapat mengutip mata penuh di laman sendiri malam esok," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: