Budak jadi tebusan di Telipok, stabil

Kanak-kanak perempuan itu kemudian di hantar ke hospital berkenaan menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.- Foto Bernama
Kanak-kanak perempuan itu kemudian di hantar ke hospital berkenaan menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.- Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Kanak-kanak perempuan yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki di sebuah apartmen, dekat Telipok, petang tadi, berada dalam keadaan stabil.

Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas Dr Tan Bee Hwai berkata kanak-kanak perempuan berkenaan kini sedang menjalani rawatan pakar.

“Kanak-kanak tersebut dalam keadaan stabil dan sedang dalam rawatan pakar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Dalam insiden petang tadi, polis berjaya menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu selepas menembak mati suspek dengan beberapa das tembakan di lokasi kejadian.

[ARTIKEL BERKAITAN:Polis Sabah tembak mati lelaki jadikan budak tawanan]

Kanak-kanak perempuan itu kemudian di hantar ke hospital berkenaan menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.- Bernama

Artikel Berkaitan: