Xherdan, si kucing yang 'sentiasa marah'

Sandra bersama Xherdan dari baka Sphynx. - Foto Daily Mail
Sandra bersama Xherdan dari baka Sphynx. - Foto Daily Mail
A
A
A

RUTI - Gambar seekor kucing baka Sphynx dengan wajah seolah-olah sedang marah yang dimuat naik di media sosial pemiliknya menarik perhatian netizen.

Ramai juga mengakui gerun melihat kedutan kulit kucing bernama Xherdan itu malah ada yang menggambarkannya seperti otak.

Pemiliknya, Sandra Filippi, 47, memberitahu walaupun memek muka Xherdan itu seperti marah namun haiwan ini sangat baik dan gemar tidur.

"Ketika pertama kali melihatnya di sebuah kedai haiwan, dia telah mencuri hati saya. Kulit merah jambu dan berkedut, wajahnya unik, membuatkan saya jatuh cinta!

"Kulit Xherdan memang berkedut sejak lahir lagi. Ia sangat aktif bermain dan gemar tidur sambil berpelukan," katanya kepada Daily Mail.

Kata Sandra, kucing itu sama seperti kucing lain tetapi keunikannya kerana tidak berbulu dan suhu badannya juga sedikit panas berbanding kucing biasa.

Menurut wanita yang tinggal di bandar Ruti, Switzerland itu penjagaan dan pemakanan haiwan itu tidak rumit serta sangat manja.

Artikel Berkaitan: