Wanita cedera kereta dihempap pokok

Keadaan kereta mangsa yang dihempap pokok di Jalan Sri Rawang, Taman Garing Jaya di sini pagi tadi. - Foto Facebook
Keadaan kereta mangsa yang dihempap pokok di Jalan Sri Rawang, Taman Garing Jaya di sini pagi tadi. - Foto Facebook
A
A
A

RAWANG - Seorang wanita cedera apabila kereta dipandunya dihempap pokok di Jalan Sri Rawang, Taman Garing Jaya di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian jam 7.24 pagi.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang bergegas ke lokasi kejadian dan tiba 8 minit kemudian.

"Kejadian itu melibatkan seorang wanita yang memandu kereta jenis Perodua Myvi namun dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam," katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut manakala bomba kemudiannya membuat kerja pembersihan di kawasan kejadian.

Artikel Berkaitan: