Harumanis: Kedah tidak berniat saingi Perlis

Azman melihat pokok mangga harumanis yang baru berbunga di Kampung Padang Nyor, Kuala Nerang.
Azman melihat pokok mangga harumanis yang baru berbunga di Kampung Padang Nyor, Kuala Nerang.
A
A
A

KUALA NERANG - Mangga harumanis dari Daerah Padang Terap yang diusahakan sejak tiga tahun lalu sedikit sebanyak akan dapat membantu menampung permintaan terhadap buah tersebut yang tinggi sejak beberapa tahun lalu.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama Kedah, Azman Nasrudin berkata, pihaknya tidak bertujuan mahu menyaingi negeri Perlis sebagai pengeluar utama buah tersebut di negara ini.

"Kami hadir sebagai untuk membantu melengkapkan pengeluaran di samping berusaha menampung permintaan mangga harumanis yang cukup tinggi di utara tanah air ini kerana keluaran sedia ada pada setiap tahun masih belum mencukupi," katanya kepada media sempena kunjungannya melawat projek-projek di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) di Daerah Padang Terap, hari ini.

Menurutnya, iklim di daerah tersebut hampir menyamai iklim di Perlis sekali gus menyaksikan mangga harumanis sesuai ditanam di kawasan tersebut dan mula mengeluarkan hasil pada tahun ini.

"Di daerah Padang Terap, setakat ini kita mempunyai 15 pengusaha tanaman harumanis yang melibatkan keluasan kawasan tanaman sehingga 29 hektar.

"Apabila banyak pengeluaran dapat dihasilkan maka ia bakal dinikmati oleh lebih ramai pengemar pada harga yang lebih berpatutan sekitar RM15 sekilogram.

"Harganya paling mahal pernah mencecah sehingga RM40 sekilogram sebelum ini," katanya.

Azman berkata, bagaimanapun, pihaknya menjangkakan pengeluaran mangga harumanis yang bakal dituai pada tahun ini dari daerah tersebut dilihat hanya mampu menampung permintaan sekitar 10 peratus sahaja.

Artikel Berkaitan: