Nancy nekad berbakti kepada rakyat, negara

Kenyataan Nancy berhubung pelantikan beliau sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan yang dimuatnaik di Facebooknya hari ini.
Kenyataan Nancy berhubung pelantikan beliau sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan yang dimuatnaik di Facebooknya hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri yang dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan mahu mendahulukan keperluan rakyat dan negara dalam melaksanakan tugas diamanahkan kepadanya.

Menurutnya, pelantikan itu adalah satu penghargaan dan bertekad akan terus berbakti kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama dan pegangan politik yang dibawa.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg atas kepercayaan serta keyakinan mereka untuk melantik saya sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

“Kepada rakyat Sarawak, Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan tetap menumpukan usaha memastikan hak dan perlembagaan kita serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sentiasa dipelihara dan dilindungi,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Katanya, Malaysia hari ini menghadapi cabaran besar pada peringkat global dan tempatan dengan keadaan ekonomi tidak menentu termasuk kesan penularan koronavirus (Covid-19).

“Namun semua pihak harus bekerja lebih keras untuk mengatasi cabaran mendatang. Saya sedar ramai pemain industri terutama sektor pelancongan dan industri penerbangan menghadapi masalah dalam situasi sukar ini.

“Sebagai menteri, saya komited untuk mencari jalan penyelesaian yang berkesan dan langkah ekonomi jangka panjang untuk mengurus sektor berkenaan dengan lebih baik.

Nancu berkata, beliau percaya ekonomi negara cukup berdaya tahan untuk menghadapi cabaran dengan barisan Kabinet baharu itu.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan mengambil kesempatan daripada semua peluang yang ada dalam mengharungi krisis ini,” katanya.