Netanyahu minta tangguh perbicaraan selama 45 hari

Benjamin Netanyahu
Benjamin Netanyahu
A
A
A

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini meminta perbicaraan rasuah ke atasnya yang dijadualkan pada 17 Mac depan ditangguhkan selama 45 hari.

Surat dihantar peguam Netanyahu kepada Mahkamah Daerah Baitulmaqdis memberi alasan pasukan undang-undang beliau tidak menerima kesemua dokumen berkaitan siasatan.

Pemimpin Parti Likud tersebut didakwa dengan pelbagai kesalahan rasuah, namun beliau menafikan tuduhan tersebut.

Minggu lalu, blok sayap kanan pimpinannya memperoleh 58 kerusi di Knesset, kurang tiga kerusi yang diperlukan untuk membentuk majoriti pada Pilihan Raya Umum ketiga yang diadakan dalam tempoh setahun di Tel Aviv.

Dalam perkembangan lain, ahli Parlimen anti-Netanyahu dilaporkan telah mengemukakan rang undang-undang bagi melarang individu yang berdepan tuduhan jenayah untuk membentuk kerajaan baharu. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Pilihan raya umum ketiga dalam tempoh setahun di Israel

Artikel Berkaitan: