Iran bebaskan 70,000 banduan

Semburan nyahjangkit giat dilakukan di seluruh Teheran. - Foto AFP
Semburan nyahjangkit giat dilakukan di seluruh Teheran. - Foto AFP
A
A
A

TEHERAN - Iran membebaskan kira-kira 70,000 banduan secara sementara selepas kes jangkitan koronavirus (Covid-19) semakin meningkat di negara itu.

"Pembebasan mereka selagi tidak mencetuskan ancaman keselamatan kepada masyarakat akan diteruskan," kata Ketua Badan Kehakiman, Ebrahim Raisi hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut tentang mereka yang akan dibebaskan dan kumpulan yang perlu kembali semula ke penjara.

Pihak berkuasa kesihatan turut melaporkan 43 kematian baharu dalam tempoh 24 jam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini mencecah 237 orang.

Selain itu, sebanyak 595 kes jangkitan baharu dilaporkan dan angka keseluruhan dicatatkan kini adalah sebanyak 7,161 kes. - Agensi

Artikel Berkaitan: