M Saravanan dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia

M Saravanan
M Saravanan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan barisan Jemaah Menteri dengan menamakan satu-satunya Ahli Parlimen MIC, Datuk Seri M Saravanan sebagai Menteri Sumber Manusia.

Muhyiddin mengumumkan Kabinet citra baharu yang memenuhi aspirasi rakyat itu pada sidang berita khas di Putrajaya.

Kerajaan Persekutuan pimpinan Muhyiddin merangkumi Bersatu, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan PAS.

Pada 1 Mac lepas, beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: