Kementerian Pendidikan Tinggi diwujudkan semula

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan untuk menstruktur semula Kementerian Pendidikan dengan mewujudkan kembali Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu dibuat selaras dengan usaha untuk memenuhi keperluan semasa.

"Saya telah memutuskan untuk mewujudkan semula KPT di samping mengekal dan memperkasakan Kementerian Pendidikan.

"KPT akan dapat memberikan fokus kepada sektor pengajian tinggi dengan Kementerian Pendidikan memberikan tumpuan kepada pendidikan prasekolah, rendah dan menengah," katanya ketika mengumumkan barisan Kabinet baharu sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kerajaan juga bersetuju mewujudkan Kementerian Perpaduan Negara selari dengan kedudukan Malaysia yang dikenali sebagai negara yang memiliki komposisi penduduk pelbagai kaum, budaya dan agama.

"Perpaduan yang utuh antara pelbagai kaum merupakan penentu kelangsungan atau survival negara kita.

"Menyedari hakikat ini, sebuah kementerian khusus yang dinamakan Kementerian Perpaduan Negara akan ditubuhkan," katanya.

Artikel Berkaitan: