Rizman bakal timang cahaya mata

Rizman berkongsi keterujaan bakal menjadi bapa di akaun Instagramnya.
Rizman berkongsi keterujaan bakal menjadi bapa di akaun Instagramnya.
A
A
A

PEREKA fesyen terkenal, Rizman Nordin, 36, berkongsi keterujaan bakal menerima cahaya mata apabila isteri tercinta Nurida Suraya, 31, kini sedang hamil empat bulan.

"Alhamdulillah. Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, bersyukur kami dihadiahkan anugerah yang paling berharga. Ihsan dan amanat dari yang Esa. Usianya kini masuk bulan ke empat.

"To my beautiful queen Nurida Suraya, thank you so much for this. Moga ALLAH permudahkan segalanya untuk mu," tulis Rizman dalam entri di akaun Instagramnya.

Pemilik empayar fesyen terbesar Rizman Ruzaini itu turut mendoakan cahaya mata yang bakal dilahirkan itu cukup sifat dan berjanji akan mendidiknya dengan jalan diredai ALLAH.

"Ya ALLAH ya tuhanku, semoga anugerah pinjaman-Mu ni dilahirkan cukup sifat, seindah makhluk terbaik yang pernah Engkau ciptakan dan dengan kehadirannya dapat kami didik ia kejalan-Mu, yang akan membawa kami ke syurga-Mu," tulisnya.

Pasangan bahagia itu mendirikan rumah tangga pada 13 September tahun lalu di Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur.

Susulan berita gembira yang dikongsi itu, rakan-rakan artis dan peminatnya membanjiri ruang komen dan mengucapkan tahniah di atas anugerah terindah itu.

Rakan baiknya, pelakon dan model terkenal, Nur Fazura Sharifuddin dan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin antara yang mengucapkan tahniah serta mendoakan pasangan berkenaan.

Artikel Berkaitan: