Pek makanan, kesihatan buat rakyat Malaysia di Itali

Makanan yang diberikan kepada rakyat Malaysia di utara Itali. - Foto Twitter @krish_kumar22
Makanan yang diberikan kepada rakyat Malaysia di utara Itali. - Foto Twitter @krish_kumar22
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kedutaan Malaysia di Itali mengambil inisiatif menghantar bungkusan pek penjagaan 'care pack Covid-19' kepada rakyat Malaysia di sana susulan arahan kuarantin yang dikeluarkan negara itu.

Perkara itu dikongsi oleh pelayar Twitter @krish_kumar22 yang memberitahu kedutaan menghantar pek penjagaan dan makanan kepada rakyat Malaysia yang tinggal di zon merah akibat Covid-19 di utara Itali.

"Antara barang yang diberikan seperti sanitizer, kain lap, topeng muka dan beberapa makanan seperti mi segera, dodol durian, serunding, Brahims rendang," ciapnya.

Ciapan @krish_kumar22 memaklumkan rakannya yang tinggal di zon merah Covid-19 di utara Itali menerima pek makanan dan penjagaan kesihatan daripada Kedutaan Malaysia.
Ciapan @krish_kumar22 memaklumkan rakannya yang tinggal di zon merah Covid-19 di utara Itali menerima pek makanan dan penjagaan kesihatan daripada Kedutaan Malaysia.

Ciapan @krish_kumar22 pantas menarik perhatian netizen yang memberikan pelbagai reaksi.

Netizen bernama @sidqijr berkata, "Nampak macam bantuan mangsa banjir tapi sebenarnya langkah waspada yang bagus. Makanan yang dibungkus adalah langkah terbaik terutama dalam kecemasan. Padu betul."

@azhari pula berkata, "Tahniah kepada kedutaan kerana peka dan prihatin kepada rakyat Malaysia di sana."

Dalam pada itu, lapor BBC, Perdana Menteri, Giuseppe Conte mengumumkan penutupan sekolah, gimnasium, muzium, kelab malam dan tempat-tempat lain di seluruh negara itu.

Artikel Berkaitan:

Itali merekodkan bilangan kes Covid-19 paling tinggi di Eropah dan menurut Agensi Perlindungan Awam Itali, kadar jangkitan positif Covid-19 meningkat 25 peratus kepada 7,375 kes daripada 5,883 sebelumnya.

Angka kematian akibat penularan wabak Covid-19 di Itali kini meningkat kepada 366 orang.