Pemancing jumpa mayat terapung

Shahurinain Jais
Shahurinain Jais
A
A
A

JOHOR BAHRU - Mayat seorang lelaki berpakaian lengkap ditemukan terapung di sebuah lombong berhampiran lampu isyarat Taman Suria di sini kelmarin.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, mayat mangsa yang dianggarkan berusia 30-an itu ditemui oleh seorang lelaki yang sedang memancing di situ pada jam 2.30 petang.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke darat dengan bantuan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau.

"Hasil siasatan pada tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan atau kesan yang meragukan serta tiada dokumen pengenalan diri dijumpai.

“Pemeriksaan di sekitar kawasan lombong juga tidak menjumpai sebarang barang atau kenderaan yang disyaki merupakan peninggalan milik mangsa. Malah tiada sebarang unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian, ” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian dan kes disiasat sebagai mati mengejut. - Bernama

Artikel Berkaitan: