Khalid mahu saman Najib, Redzuan

Khalid menunjukkan artikel kenyataan Redzuan dan Najib yang melemparkan tuduhan terhadap dirinya pada sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat, Ahli Parlimen Shah Alam di sini hari ini.
Khalid menunjukkan artikel kenyataan Redzuan dan Najib yang melemparkan tuduhan terhadap dirinya pada sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat, Ahli Parlimen Shah Alam di sini hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua pemimpin Perikatan Nasional yang menuduh beliau mengeluarkan kenyataan mempertikaikan Perlembagaan dan Yang di-Pertuan Agong sebagai rasis.

Ahli Parlimen Shah Alam itu akan menyaman bekas menteri usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dengan tuntutan sebanyak RM10 juta manakala jumlah lebih besar kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.

Beliau mendakwa, Mohd Redzuan mengeluarkan kenyataan meminta beliau memohon maaf kepada Seri Paduka kerana mempertikai dan mempersoalkan Perlembagaan serta melemparkan keraguan terhadap kredibiliti Seri Paduka.

"Saya ada video ucapan itu. Dalam ucapan saya, apa yang saya sebut ialah menjelaskan kronologi apa yang telah berlaku (proses pengundian calon Perdana Menteri kelapan). Jadi tuduhan bahawa saya mempertikaikan dan mempersoalkan Perlembagaan, tak betul!

"Sila tunjuk dalam ucapan saya, mana saya pertikaikan Perlembagaan dan mencemar serta melemparkan keraguan ke atas kredibiliti Agong," katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam di sini hari ini.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, beliau tidak mahu berdebat panjang mengenai perkara tersebut sebaliknya ingin memaklumkan kepada Redzuan dan Najib bahawa surat saman berkenaan akan dihantar kepada mereka.

Menurutnya, jumlah saman yang dituntut adalah relevan kerana pertuduhan dibuat terhadapnya itu amat serius.

"Bagi Najib, ini lagi best. Tunjuk pada saya di mana saya kata Agong rasis. Peguam saya akan set jumlah yang lebih besar bagi Najib kerana dia duit lagi banyak.

Artikel Berkaitan:

"Tuduhan yang dibuat adalah satu tuduhan serius dan memang tidak ada langsung keluar daripada mulut saya," katanya.

Khalid pada malam Khamis lalu berucap di Majlis Temu Rapat Aktivis Pakatan Harapan (PH) Shah Alam di Dewan Meranti Seksyen 19 mengenai kronologi pengundian calon Perdana Menteri kelapan yang dilakukan Istana Negara.