MPKB-BRI, Bank Muamalat tandatangan MoU bangunkan PKS negeri

Kedua-dua MoU ditandatangani kedua-dua pihak di sini hari ini.
Kedua-dua MoU ditandatangani kedua-dua pihak di sini hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu -Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi membangunkan industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri ini.

Naib Presiden Eksekutif Perbankan Perniaagaan Bank Muamalat, Nor Hamidah Abu Bakar berkata, kerjasama tersebut merupakan program lanjutan kepada kerjasama strategik bersama SIRIM Berhad sebelum ini dibawah Program Pembiayaan SIRIM Fraunhofer.

"Melalui program SIRIM Fraunhofer, Bank Muamalat berperanan sebagai pembiayaan kepada PKS yang terlibat. Usahawan yang layak akan menerima kemudahan pembiayaan daripada pihak kami serta geran dan khidmat nasihat teknikal daripada SIRIM bagi membantu meluaskan perniagaan mereka.

“Pengusaha PKS yang terlibat juga akan diperkenalkan dengan produk dan perkhidmatan kewangan lain yang disediakan Bank Muamalat termasuk pembiayaan yang sesuai keperluan perniagaan mereka.

"Mereka juga akan diberi pendedahan mengenai program pembangunan yang berkaitan di bawah SIRIM,” katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Majlis Perbandandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Bank Muamalat diwakili Nor Hamidah Abu Bakar manakala Majlis Perbandaran Kota Bharu diwakili Ketua Ahli Majlis Muhamad Azmi Nor.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Khairul Kamarudin dan Setiausaha MPKB Mohd Hariff Ghazali.

Hamidah memberitahu, Bank Muamalah bersedia bekerjasama dengan pelbagai pihak terutama agensi kerajaan dalam membangunkan industri PKS dalam negara.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, PKS yang menyertai Program Pembiayaan SIRIM-Fraunhofer (SFF) akan menerima sokongan daripada Bank Muamalat untuk membiayai 20 peratus daripada jumlah kos projek manakala baki 80 peratus dibiayai melalui geran daripada SIRIM.