Pengedar dadah solo 'Irfan Medan' diberkas

Nik Ezanee (kiri) menunjukkan dadah jenis ganja yang berjaya dirampas daripada suspek pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.
Nik Ezanee (kiri) menunjukkan dadah jenis ganja yang berjaya dirampas daripada suspek pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Sindiket pengedaran dadah tumpas apabila polis memberkas seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Irfan Medan' di tepi jalan Taman Medan di sini semalam.

Suspek berusia 24 tahun dipercayai aktif dalam sindiket pengedaran dadah sejak tahun lalu berjaya diberkas pada jam 12.15 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya turut merampas tiga bungkusan plastik mengandungi dadah jenis ganja seberat 2.9 kilogram bernilai RM8,760.

“Rampasan dadah itu boleh dibekalkan kepada 5,480 pengguna. Turut disita sebuah motosikal jenis Yamaha bernilai RM3,500 bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.

Suspek direman selama tujuh hari bermula semalam mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: