Dua ahli geng pecah rumah diberkas

Nik Ezanee menunjukkan barangan yang dirampas.
Nik Ezanee menunjukkan barangan yang dirampas.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis menahan dua lelaki disyaki terbabit dalam kumpulan yang aktif melakukan jenayah pecah rumah, curi kenderaan dan penyalahgunaan dadah di sekitar Kota Damansara Sabtu lalu.

Penahanan dilakukan ketika pasukan peronda polis (MPV) sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kira-kira jam 11.05 malam anggota terbabit mendapati sebuah kereta Nissan Sunny Sentra yang dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota MPV mengarahkan pemandunya berhenti tetapi tiba-tiba kenderaan itu memecut laju," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata, polis mengejar kenderaan itu yang kemudiannya terbabas dan melanggar beberapa kenderaan lain di kawasan perumahan di Seksyen 6 Kota Damansara.

Menurutnya, suspek berusia 25 dan 28 tahun berjaya diberkas manakala seorang lagi suspek melarikan diri.

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dikenali sebagai M Kiisho bagi membantu siasatan berhubung kes pecah pejabat.
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dikenali sebagai M Kiisho bagi membantu siasatan berhubung kes pecah pejabat.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah berhubung kes curi kenderaan, pecah rumah, dadah dan samun," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pemeriksaan di dalam kereta menemui beberapa peralatan seperti parang, playar, pisau, gergaji, rantai besi dipercayai digunakan untuk aktiviti jenayah pecah rumah selain satu unit kamera litar tertutup.

Beliau berkata, polis kini sedang mengesan seorang lelaki yang dikenali sebagai A Kesavan berusia 34 tahun bagi membantu siasatan.

Dalam kes berasingan Nik Ezanee memaklumkan polis sedang mengesan seorang individu dikenali sebagai M Kiisho berusia 31 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah pecah pejabat yang dikaitkan dengan Geng Botak, baru-baru ini.

Katanya, Geng Botak disyaki terlibat dalam kes pecah pejabat sebuah syarikat pengedar alat telekomunikasi dan kerugian dianggarkan RM600,000.

"Pagi tadi polis memberkas empat suspek dalam Geng Botak berhampiran sebuah stesen minyak manakala empat lagi diberkas minggu lalu, " katanya.

Kedua- dua kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.