Muhyiddin tiba di Istana Negara, persembah jemaah menteri baharu

Kenderaan rasmi yang membawa Muhyiddin dilihat tiba di Istana Negara pada 10.47 pagi melalui Pintu Utama. -Foto Bernama
Kenderaan rasmi yang membawa Muhyiddin dilihat tiba di Istana Negara pada 10.47 pagi melalui Pintu Utama. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan.

Kenderaan rasmi yang membawa Muhyiddin, 72, dilihat tiba di Istana Negara pada 10.47 pagi melalui Pintu Utama.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, selepas mendapat perkenan daripada Seri Paduka, Muhyiddin dijangka mengumumkan senarai Jemaah Menteri hari ini, pada 5 petang, di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Pada 29 Feb, Al-Sultan Abdullah berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Muhyiddin itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, setelah Seri Paduka berpandangan Ahli Parlimen Pagoh itu mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat, selepas hampir seminggu krisis politik negara berlaku.

Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pada 1 Mac. -Bernama

Artikel Berkaitan: