PH tunggu maklum balas dari empat ADUN Bersatu

Amirudin Shari - Foto Bernama
Amirudin Shari - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) sedang menunggu maklum balas empat ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada gabungan itu di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau sudah meminta kesemua ADUN terbabit memberi keputusan selepas pertemuan sebelum ini.

"Saya akan bawa perkara ini semula dalam mesyuarat bersama pengerusi PH Selangor untuk memutuskan kedudukan mereka," katanya kepada media selepas Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Selangor yang berlangsung di Auditorium Dewan Jubli Perak hari ini.

Amirudin berkata demikian bagi menjawab pertanyaan mengenai status empat ADUN Bersatu yang menyatakan sokongan kepada PH Selangor.

Amirudin (tiga dari kiri) membuat gimik pelancaran sewaktu majlis yang berlangsung di Auditorium Dewan Jubli Perak, hari ini.
Amirudin (tiga dari kiri) membuat gimik pelancaran sewaktu majlis yang berlangsung di Auditorium Dewan Jubli Perak, hari ini.

Amirudin dalam sidang medianya sebelum ini memaklumkan kerajaan Selangor menyingkirkan Bersatu daripada parti komponen PH selepas mengambil kira penjajaran semula politik negara yang berlaku di peringkat pusat.

Beliau turut memaklumkan peruntukan kepada ADUN Bersatu dan Bebas juga akan dibekukan selepas ini.

Susulan itu, Shaid bersama tiga lagi ADUN Bersatu iaitu Sallehudin Amiruddin (Kuang), Harumaini Omar (Batang Kali), dan Adhif Syan Abdullah (Dengkil) mengadakan pertemuan bersama Amirudin bagi menyatakan sokongan kepada PH.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai kekosongan kerusi Exco ditinggalkan ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari, Amirudin berkata, kerajaan negeri akan mengambil sedikit masa bagi mencari calon baharu untuk jawatan itu.

"Kita ambil masa. Lepas cerai ada edahnya, lepas mati kalau nak kahwin lagi satu ada masanya.

"Kita akan buat secara tertib, (dan calon dari) parti mana belum ada keputusan lagi," katanya.

Tambah beliau, pihaknya juga perlu mempersembahkan nama calon berkenaan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terlebih dahulu untuk mendapat perkenan dari istana.

ARTIKEL BERKAITAN 12 bekas wakil rakyat PKR bakal disaman RM10 juta