Covid-19: Yayasan Brainy Bunch bantu Hospital Sungai Buloh

No Image Caption
A
A
A

CYBERJAYA - Yayasan Brainy Bunch telah menghantar lima buah air cooler mudah alih dan 100 kotak air mineral ke Hospital Selayang petang semalam untuk para petugas di Pusat Saringan Covid19 di hospital itu.

Memetik dari Facebook MelayuBangkitNews, Pengasas Kumpulan Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim berkata, pasukan perubatan Hospital Sungai Buloh memerlukan bantuan bagi memperbaiki kondisi petugas saringan Covid19.

Menurutnya, dalam menghadapi kes wabak Covid19, mereka terpaksa menjalankan operasi saringan di bawah khemah luar bangunan hospital dan suhu yang sangat panas mendedahkan mereka kepada heat stress yang berbahaya.

“Kami berasakan ia suatu tanggungjawab membantu pejuang kita yang terpaksa berdepan dengan risiko yang tinggi dalam menangani wabak Covid 19.

“Adalah difahamkan, para petugas di Pusat Saringan Covid19 di hospital itu dilengkapkan dengan pakaian khas yang berlapis-lapis. Unit Kesihatan yang memantau keadaan para petugas telah mendapati suhu di bawah khemah itu telah mencapai di antara 33-35 darjah selsius," katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap sumbangan kecil ini diharap dapat mengekalkan semangat barisan hadapan negara dalam menghadapi wabak yang sangat berbahaya.

"Kita terhutang budi kepada mereka semua," katanya.

Artikel Berkaitan: