X

Kindly register in order to view this article
!

Muhyiddin hantar surat mohon bertemu Dr Mahathir

A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mengatur pertemuan dengan Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Wan Saiful Wan Jan berkata, Muhyiddin memaklumkan perkara tersebut dalam satu pertemuan kelmarin.

“Beliau (Muhyiddin) juga telah menghantar surat kepada Dr Mahathir memohon untuk bertemu.

“Hanya menunggu tarikh dari Dr Mahathir sahaja. Kita doakan supaya Dr Mahathir sudi bertemu secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Wan Saiful mengajak ahli Bersatu mendesak dan merayu kepada pemimpin atasan parti itu supaya berdamai serta kembali bekerjasama.

Menurutnya, Bersatu terbina atas kekuatan tiga tokoh utama iaitu Dr Mahathir, Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Timbalan Presiden parti.

“Majoriti ahli Bersatu mahukan pucuk pimpinan parti kembali bersatu. Saya harap kita berhentilah mengeluarkan kenyataan atau menganjurkan majlis yang tidak membawa perdamaian.

"Tak perlulah pergi ke media tempatan atau antarabangsa untuk meruntuhkan parti. Kita selesaikanlah secara dalaman dengan semangat satu keluarga," katanya.

Katanya, menganjurkan majlis solat hajat dan munajat mendoakan penyatuan kembali pemimpin adalah lebih baik dalam keadaan sekarang,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf